Kelas Ms. Word Rancangan Perniagaan
2 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 1 Februari 2020, seramai 3 orang peserta dari Lepasan STPM/Diploma telah menghadiri Kelas Ms. Word bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang.
Antara modul yang di ajar ialah belajar membuat Rancangan Perniagaan dengan menggunakan format yang betul. Ini bertujuan untuk mendedahkan peserta yang mempunyai hasrat ingin menjadi seorang usahawan. Dengan mempelajari format Rancangan Perniagaan, peserta boleh memohon bantuan dana dari pihak berkenaan bagi membantu memulakan perniagaan.
Selain itu, peserta turut diberi Taklimat Klik Dengan Bijak iaitu Cyber Grooming. Peserta senantiasa di ingatkan untuk berwaspada mengunakan internet terutamanya Facebook bagi menggelakkan menjadi mangsa tipu atas talian. Gunakanlah internet dengan cara yang berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: